Jun 14, 2012

my pregnancy 2 month





assalamualaikum..

alhamdulillah harini genap 2 bulan kandungan ana.. sangat happy.. lately super tired!! cepat sangat letih.. tulang punggong slalu sakit².. kejap² sakit kejap² tak.. besar sungguh ye pengorbanan jadi seorang ibu ni. kena banyak bersabar.. kene bersemangat walau apa jua rintangan yang mendatang.. bila malam ana slalu cuba masuk tido awal.. jam 9 dah mula golek².. kadang² tu ngam² lepas solat ishak terus siap²kan katil tido terus.. sebab late at nite slalu terjaga dari tido..kadang² nak buang air kecik.. kadang² tiba² rasa panas.. walhal kipas sampai 2 biji.. kipas syiling dgn stand fan.. kadang² cicak atau lipas berjalan pon bley terjaga.. geram betol!! kadang² tu terjaga 3 - 4 kali.. kalau bernasib baik sekali je terjaga sebab nak buang air kecik..

bila dah pregnant ni.. ana lagi kuat minom air.. sehari ana akan pastikan 3 liter air.. tapi slalunye meleset.. 2 liter tu dah kire cukup bagus... bibir tetap kering.. macam tak kuat minum air.. doktor pon pesan minum air banyak.. bibir awak kering.. huuuurrrmmm iyekan aje lah. buat mase sekarang ni ana tak suke nonton tv / wayang.. rase pening.. meloya tekak.. tapi x muntah pon.. propa je tekak ni..!!

bab makan plak slalu bile terjaga dari tido (slalu bangun pagi g keje jam 6.30pagi) time ni on the spot perot ber kruuuttt krrruuuutttt lapar!! sabo je la.. x nyempat² nak mandi & solat subuh ana makan biskut atau buah sepotong dua.. dah standby malam sebelum tu potong siap² buah tu. letak tepi katil.. kadang² je terlupe kene turun ke bawah g selongkar dapur.. hehehehe.. x senonoh perangai.

insyallah lagi 2 minggu ana kena g buat EPAU (Early Pregnancy lupe lagi... term die) scan perot.. insyallah sekarang janin dah punyai jantung.. haritu scan x jelas.. cuma nampak kantungnye sahaja... time tu pregnancy baru 6 minggu.. doktor saggest scan melalui 'bawah' tapi ana tolak.. serik la.. sakit wooo...

k la.. tata.. nak pegi bancuh susu.. nyum nyumm!!! (tak suka tapi kene pakse.. ntok kesihatan bersama)




Jun 7, 2012

Doa amalan ketika mengandung



assalamualaikum...
harini nak share.. ni pon copy paste.. sumber dari en. google my bff!! letih wooo nak menaip..
sharing is caring.. love uols ketat-ketat!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga anda berada di dalam keadaan sihat.
Saya rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran. Kerana saya pernah terbaca, ada pengusaha lembu yang memainkan bacaan al-Quran di kandang peliharaan lembu supaya lembu-lembu tersebut dapat menghasilkan daging yang enak dan lembut.
Jika lembu sendiri sukakan bacaan al-Quran, inikan pula kita sebagai manusia. :)
Teknik ini memang sudah diamalkan dikalangan bangsa Jepun dan Yahudi, contohnya mereka memainkan muzik klasik daripada Mozart, dan Beethoven bagi merangsang bayi di dalam kandungan dikalangan wanita mereka.
Tetapi kita sebagai umat Islam, tak perlulah terlalu taksub memainkan muzik Mozart, atau Beethoven. Lebih baik kita amalkan membaca al-Quran, selain daripada memperolehi anak yang sihat dan bijak dapat pahala pula tu.
Info ini saya perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:




Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.







Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189





Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.




Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.



Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.




Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.


Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.



Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.




Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;


Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;




Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.




Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Jun 1, 2012

Accessories to Have on Hand Before Baby Arrives



assalamualaikum...




saye teruje sangat!! doakan kesihatan saya & kandungan di dalam... hujung bulan Jun atau awal bulan Julai ni saye nak pergi buat check-up dengan husband.. sungguh tak sabar nak tunggu masa tu berlalu...

again.. doakan kami.. insyallah.